Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kosas
Hari ini 19-4-2014  
Panduan & Undang

UNDANG-UNDANG DAN PANDUAN PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN KOSAS

 

PERKARA 1: KEHADIRAN

 

1.1         Semua pelajar mesti hadir ke sekolah pada hari persekolahan.

1.2         Pelajar yang tidak hadir atas sebab-sebab tertentu, ibu bapa atau penjaganya mesti menghantar surat doktor kepada guru tingkatan berkenaan.

1.3         Jika pelajar itu tidak hadir selama TIGA hari berturut-turut tanpa surat dari penjaga atau ibu pada, pihak sekolah akan menghantar surat kepada ibu bapa atau penjaga. Jika tiada jawapan, surat akan dihantar lagi. Jika tiada juga berita, tindakan yang lebih berat seperti memotong nama mereka akan dibuat.

1.4         Pelajar-pelajar tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran Pengetua, Penolong Kanan, HEM atau Penyelia Petang.

1.5         Pelajar-pelajar juga diwajibkan hadir untuk aktiviti-aktiviti ko-kurikulum pada hari dan waktu yang ditentukan (bawa kad aktiviti).

 

PERKARA 2: KEDATANGAN

 

2.1         Pelajar-pelajar tidak dibenarkan datang lewat. Pelajar-pelajar sepatutnya berada di sekolah sekurang-kurangnya 5 minit sebelum loceng pertama dibunyikan

2.2         Pelajar-pelajar yang datang lewat tanpa alasan yang munasabah akan dikenakan tindakan disiplin.

2.3         Berniat untuk belajar bersungguh-sungguh sewaktu menjejahkan kaki ke kawasan sekolah.

 

PERKARA 3: PERHIMPUNAN DAN SISTEM LOCENG

 

3.1         Sistem loceng: Masuk ke kelas (sesi pagi)

a)      Loceng pertama – pelajar-pelajar mesti berdiri tegak dan senyap di kawasan perhimpunan.

b)      Loceng kedua – pelajar-pelajar bergerak dan berbaris di luar kelas (senyap) menunggu guru masing-masing.

c)      Pemeriksaan pakaian dan rambut dijalankan.

 

3.2         Sistem loceng: Keluar kelas/waktu pulang (sesi petang)

a)      Loceng pertama – pelajar-pelajar berkemas dan bersiap sedia untuk pulang. Berbaris di luar kelas masing-masing.

b)      Loceng kedua – pelajar-pelajar berjalan untuk pulang.

 

3.3         Semasa perhimpunan – semua pelajar wajib hadir. Pelajar-pelajar berkumpul dan berbaris mengikut tingkatan seperti yang ditetapkan.

3.4         Semasa ucapan dan pengumuman dibuat semua pelajar dikehendaki sentiasa senyap dan memberikan perhatian.

3.5         Setelah perhimpunan selesai, pelajar-pelajar mestilah berjalan mengikut barisan masing-masing menuju ke kelas berpandukan arahan.

 

PERKARA 4: TUGASAN DI KELAS

 

4.1         Pelajar-pelajar yang bertugas pada hari itu akan menjalankan tugas kelas pada waktu pagi sebelum loceng pertama dibunyikan. Pelajar-pelajar lain sepatutnya tidak berada di dalam kelas.

4.2         Waktu rehat – semua pelajar dilarang berada di dalam kelas.

4.3         Waktu balik – kelas mestilah berada dalam keadaan bersih. Papan hitam mesti dibersihkan, meja dan kerusi diaturkan.

4.4         Tiap-tiap kelas mesti mempunyai pokok bunga sebaik-baiknya dikeluarkan pada hujung minggu/waktu cuti. Kelas mesti dihiasi dengan poster-poster dan gambar/carta yang seringkali ditukar. Ada sudut bacaan untuk bacaan tambahan.

 

PERKARA 5: PAKAIAN SERAGAM

 

5.1         Tiap-tiap pelajar dikehendaki memakai pakaian seragam sekolah yang telah ditetapkan semasa berada di sekolah pada setiap masa. Pakaian ini mestilah bersih dan kemas.

5.2         Pelajar-pelajar diwajibkan memakai pakaian seragam yang kemas ini dari rumah ke sekolah sehingga pulang ke rumah.

5.3         Semasa pelajaran Pendidikan Jasmani pelajar-pelajar diwajibkan memakai pakaian khas yang telah ditetapkan oleh guru Pendidikan Jasmani.

 

5.4         PAKAIAN PELAJAR LELAKI

 

5.4.1          Baju berwarna putih berlengan pendek dengan poket di sebelah kiri dan berbutang putih. Baju hendaklah dimasukkan ke dalam seluar setiap masa.

5.4.2          Butang baju mestilah dikenakan semuanya kecuali di bahagian kolar.

5.4.3          Seluar pangang mestilah berwarna hijau (Olive Green) seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan. Potongan seluar mestilah potongan biasa, tidak berjahit tualang, tidak berpoket tampal dan tidak berkaki besar atau ketat. Jean atau seluar berbentuk jean tidak dibenarkan sama sekali. (Sila rujuk kepada Lamparian A)

5.4.4          Kasut kanvas putih dan sarung kaki pendek putih. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan memakai kasut yang berjalur-jalur, sandal, selipar atau sarung kaki berwarna/berjalur.

5.4.5          Lencana sekolah mesti dilekatkan di baju di bahagian atas poket baju sebelah kiri. Tanda nama juga sentiasa dipinkan di atas poket baju.

5.4.6          Talipinggang yang berhias dan kepala talipinggang yang beranika bentuk tidak dibenarkan sama sekali. Ukuran lebar talipinggang hendaklah tidak melebihi 3.75 cm (1 ˝ inci).

5.4.7          Tidak dibenarkan memakai/membawa barang-barang kemas (akan dirampas jika memakai)

5.4.8          Pelajar-pelajar lelaki Islam dikehendaki memakai baju melayu, bersampin dan bersongkok pada hari Jumaat.

 

5.5         PAKAIAN PELAJAR PEREMPUAN

 

5.5.1          Baju kurung berwarna putih (berpotongan biasa) iaitu potongan leher mestilah berbentuk ‘teluh belanga’ bukan berbentuk ‘cehak musang’. Dan kain sarung berwarna biru yang telah ditetapkan.

5.5.2          Pelajar-pelajar tidak dibenarkan menconteng atau menampal pada pakaian sekolah.

5.5.3          Memakai ‘blouse’ putih berlengan pendek. ‘Pinafore’ biru yang telah ditetapkan, tidak bertalipinggang, panjangnya separas dengan lutut.

5.5.4          Pelajar-pelajar Islam adalah sangat digalakkan memakai tudung/mini telekung. Pada hari Jumaat semua pelajar perempuan wajib berbaju kurung dan bertudung.

5.5.5          Lencana sekolah bersama tanda nama disematkan di sebelah kiri bahagian atas baju.

5.5.6          Pelajar-pelajar adalah dilarang memakai atau menggunakan alat-alat solek atau barang-barang kemas ke sekolah. Jika memakai, tindakan disiplin akan diambil.

 

5.6         PAKAIAN WAKTU PAGI/PETANG: (Luar waktu sekolah)

 

5.6.1          Memakai pakaian yang sesuai dengan aktiviti dan kemas.

5.6.2          Tidak dibenarkan memakai selipar/terompah di kawasan sekolah. Pelajar-pelajar mesti memakai sepatu/kasut sukan. Memakai baju T bercop sekolah adalah dimestikan.

 

PERKARA 6: RAMBUT DAN KUKU

 

6.1         Pelajar lelaki mestilah menjaga rambut supaya sentiasa kemas dan pendek. Istilah pendek ialah:

a)      Rambut belakang tidak menyentuhi kolar baju.

b)      Rambut tepi tidak menyentuhi telinga.

c)      Rambut hadapan tidak menutupi dahi.

 

6.2         Rambut pelajar-pelajar lelaki mestilah bersikat dan sentiasa kemas.

6.3         Pelajar lelaki tidak dibenarkan menyimpan janggut, misai dan ‘sideburn’.

6.4         Pelajar perempuan adalah dinasihatkan berambut pendek. Jika berambut panjang menyentuhi atau melebihi paras bahu, pelajar berkenaan diwajibkan mengikat rambut dengan riben berwarna biru gelap atau hitam.

6.5         Pelajar-pelajar dilarang mewarnakan dan menginaikan rambut.

6.6         Pelajar-pelajar juga dilarang menyimpan kuku panjang dan dilarang mewarnakan kuku mereka. Kuku mestilah sentiasa pendek dan bersih.

 

PERKARA 7: TATATERTIB DAN KESOPANAN

 

7.1         DALAM BILIK DARJAH

 

7.1.1          Pelajar-pelajar tidak dibenarkan berada dalam bilik darjah sebelum pelajaran dimulakan pada waktu pagi kecuali meraka yang bertugas.

7.1.2          Semua pelajar bertanggungjawab menjaga alat-alat dalam bilik darjah. Ketua tingkatan mesti melaporkan kepada guru tingkatan dengan segera jika berlaku sebarang kerosakan.

7.1.3          Semasa pelajaran sedang berjalan, pelajar tidak dibenarkan keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran guru. Sewaktu pertukaran guru juga pelajar tidak dibenarkan keluar.

7.1.4          Pelajar yang hendak masuk ke bilik darjah di mana guru sedang mengajar dikehendaki mengetuk pintu terlebih dahulu dan minta kebenaran masuk.

 

7.2         WAKTU REHAT

 

7.2.1          Pelajar-pelajar tidak dibenarkan berada di dalam kelas, pejabat atau bilik guru. Kecuali jika ada urusan atas kebenaran guru berkenaan.

7.2.2          Tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah.

7.2.3          Apabila loceng berbunyi menandakan habis waktu rehat. Pelajar-pelajar dikehendaki dengan segera berbaris di luar kelas masing-masing dan menunggu sehingga guru yang berkenaan datang (khas untuk Tingkatan 5)

 

7.3         DALAM BILIK GURU

 

7.3.1          Pelajar-pelajar tidak dibenarkan masuk ke bilik guru tanpa kebenaran atau arahan daripada guru.

7.3.2          Tidak boleh mengambil apa-apa barang di dalam bilik guru tanpa kebenaran atau arahan daripada guru.

 

7.4         DALAM PERPUSTAKAAN

 

7.4.1          Bilik perpustakaan adalah bilik dan tempat unutk mentalaah. Tiap-tiap pelajar dikehendaki memelihara dan mematuhi peraturan-peraturan perpustakaan yang telah ditetapkan dan mematuhi arahan pengawas perpustakaan yang bertugas.

7.4.2          Pelajar-pelajar dikehendaki memakai pakaian seragam sekolah, walaupun bukan hari persekolahan.

7.4.3          Pelajar-pelajar dilarang memakai sandal atau selipar.

 

7.5         DALAM MAKMAL, BILIK SENI LUKIS, BILIK SAINS RUMAHTANGGA, BILIK PERUSAHAAN DAN SURAU

 

7.5.1          Tiap-tiap pelajar mestilah mematuhi peraturan-peraturan bilik tersebut sebagaimana yang telah ditetapkan.

7.5.2          Pelajar-pelajar beratur dengan tertib diluar kelas sebelum bergerak ke makmal sains, dan bilik-bilik lain atau ke padang untuk Pendidikan Jasmani. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan membuat bising semasa menuju ke tempat-tempat tersebut.

7.5.3          Ketua tingkatan dan penolongnya adalah bertanggungjawab dalam perkara diatas.

7.5.4          Pelajar-pelajar tidak dibenarkan membaca buku dan meninggal di dalam surau setelah selesai menunaikan sembahyang.

7.5.5          Pastikan semua pelajar mematuhi langkah-langkah keselamatan terutama dalam makmal dan Bengkel Seni Perusahaan.

 

7.6         PERSATUAN/KELAB DAN UNIT PAKAIAN SERAGAM

 

7.6.1          Pelajar-pelajar adalah bertanggungjawab ke atas kejayaan sesuatu persatuan/pertubuhan yang dianggotainya.

7.6.2          Pelajar-pelajar yang terlibat dengan aktiviti-aktiviti persatuan/kelab/pasukan beruniform mestilah hadir pada waktu yang telah ditetapkan

7.6.3          Pelajar-pelajar yang hadir untuk menyertai sebarang aktiviti persatuan/kelab/pasukan beruniform sama ada didalam atau diluar sekolah mestilah berpakaian seragam yang lengkap.

7.6.4          Adalah menjadi kesalahan jika pelajar mengkhianati persatuan/kelab/pertubuhan yang dianggotainya.

7.6.5          Pelajar-pelajar dikehendaki memakai pakaian seragam lengkap / T-shirt Kelab.

 

7.7         LATIHAN/PERMAINAN UNTUK RUMAH/SEKOLAH

 

7.7.1          Pelajar-pelajar dikehendaki patuh kepada persatuan atau arahan guru yang bertanggungjawab mengenai latihan/permainan rumah/sekolah.

7.7.2          Pelajar-pelajar sesi pagi yang datang diluar masa persekolahan untuk latihan/permainan dilarang mengganggu ketenteraman kelas sesi petang. Begitulah juga sebaliknya pelajar-pelajar sesi petang yang datang untuk latihan/permainan pada waktu pagi.

7.7.3          Pelajar-pelajar dilarang berkeliaran di kaki lima bangunan sekolah. Pelajar-pelajar hendaklah berada di kawasan padang sahaja.

7.7.4          Pelajar-pelajar dikehendaki memakai pakaian seragam sekolah dan membawa pakaian yang sesuai untuk permainan dan latihan (baju T bercap sekolah)

7.7.5          Pelajar-pelajar tidak dibenarkan membuat latihan/permainan tanpa guru yang berkenaan atau tiada arahan dari guru-guru berkenaan.

 

PERKARA 8: KEBERSIHAN SEKOLAH

 

8.1         KEBERSIHAN BILIK TINGKATAN

 

8.1.1          Semua pelajar mestilah menjaga kebersihan bilik darjah masing-masing.

8.1.2          Ketua kelas dan penolongnya bertanggungjawab menyediakan jadual tugas kelas masing-masing dan memastikan tugas harian ini dijalankan dengan sempurna.

8.1.3          Pelajar-pelajr dilarang membuang sampah di merata tempat melainkan di dalam bakul sampah yang disediakan.

8.1.4          Sampah dalam bakul sampah hendaklah segera dibuang ke tempat yang telah ditentukan. Sampah-sarap jangan ditinggalkan di kaki lima atau disapu ke dalam longkang.

8.1.5          Pelajar-pelajar digalakkan menghias bilik tingkatan masing-masing dengan alat-alat pembelajaran yang sesuai dan menarik.

 

8.2         KEBERSIHAN KAWASAN SEKOLAH

 

8.2.1          Keadaan kawasan sekolah mestilah dalam keadaan bersih dan cantik setiap masa.

8.2.2          Sampah hendaklah dimasukkan ke dalam tong sampah yang disediakan di sekitar kawasan sekolah

8.2.3          Sebarang jenis sampah yang dijumpai di mana sahaja di kawasan sekolah hendaklah dipungut.

 

8.3         KEBERSIHAN TANDAS

 

8.3.1          Pelajar-pelajar dikehendaki menggunakan tandas dengan betul dan menjaga kebersihannya.

8.3.2          Pelajar-pelajar dilarang menconteng dinding tandas dan lain-lain.

 

PERKARA 9: KANTIN

 

9.1         Apabila membeli makanan/miniman semasa rehat, pelajar-pelajr dikehendaki beratur denga tertib dan ikut arahan guru bertugas dan pengawas-pengawas yang bertugas.

9.2         Pelajar-pelajar dikehendaki duduk ketika makan atau mesti berada di kawasan kantin, tidak dibenarkan makan di tempat lain.

9.3         Jangan tinggalkan mangkuk, piring yang digunakan di atas meja, tetap hendaklah dimasukkan ke dalam bekas yang disediakan.

9.4         Jangan tinggalkan sebarang jenis pembalut makanan atau baki makanan di atas meja. Masukkan ke dalam tong sampah yang disediakan.

9.5         Para pelajar dilarang membeli makanan di luar waktu rehat.

9.6         Para pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam kantin atau dapur kantin.

9.7         Semua pelajar dilarang membeli makanan di luar kawasan sekolah sewaktu rehat, atau pergi makan di luar kawasan sekolah.

9.8         Jangan salahgunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan seperti besen basuh tangan dan tong sampah.

 

PERKARA 10: PELAJAR YANG BERBASIKAL/BERMOTOSIKAL/BERJALAN KAKI

 

10.1      PERLAJAR YANG BERBASIKAL

 

10.1.1      Para pelajar dilarang menunggang basikal dalam kawasan sekolah bila-bila masa pun.

10.1.2      Semua basikal hendaklah diletakkan dengan teratur di tempat letak basikal yang telah ditetapkan. Basikal mestilah dikunci.

10.1.3      Semua basikal yang digunakan adalah lengkap dengan loceng, brek hadapan dan belakang yang sempurna dan berlampu.

10.1.4      Pelajar-palajar jangan bersaing-saing di jalanraya semasa datang atau pulang dari sekolah.

 

10.2      PELAJAR YANG BERMOTOSIKAL

 

10.2.1      Bagi pelajar yang bermotosikal hendaklah melengkapkan diri dengnan lesen memandu, cukai jalan, topi keledar dan kenderaan di dalam keadaan baik.

10.2.2      Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab kepada sebarang kemalangan, kecederaan atau ditahan oleh pihak berkuasa.

10.2.3      Motosikal hendaklah diletakkan di kawasan yang telah ditetapkan.

 

10.3      PELAJAR BERJALAN KAKI

 

10.3.1      Semua pelajar yang berjalan kaki diingatkan supaya berjalan di sebelah kanan jalanraya.

10.3.2      Jangan bergurau atau bermain ketika berada di jalanraya.

10.3.3      Sebelum melintas jalan, pandang ke kanan, dan kiri jalan untuk memastikan keselamaan kamu. Jika di jalanraya besar lintas setelah lampu isyarat memberi isyarat kamu boleh melintas.

 

PERKARA 11:

 

11.1      KELUAR KAWASAN SEKOLAH

 

11.1.1      Dalam masa persekolahan, pelajar-pelajar tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah. Jika ada urusan penting, pelajar berkenaan diwajibkan meminta kebenaran daripada guru bertugas.

11.1.2      Pelajar yang memerlukan rawatan perubatan di klinik dikehendaki mendapatkan surat dari pejabat sekolah dan ditandatangani oleh guru bertugas. Setelah selesai mendapatkan rawatan, pulangkan semula borang tersebut kepada guru yang berkenaan. Pastikan Pegawai Perubatan menandatangani borang tersebut untuk menandakan kamu telah dirawat.

11.1.3      Jika diberi surat cuti sakit, serahkan kepada guru tingkatan anda.

11.1.4      Sebelum keluar meninggalkan kawasan sekolah, murid berkenaan hendaklah mencatatkan butir-butir diri kedalam buku ‘Catatan Murid Keluar’.

 

11.2      GARIS KASAR/PERATURAN LAWATAN

 

11.2.1      Mesti menepati waktu.

11.2.2      Sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh penganjur.

11.2.3      Sentiasa berpakaian kemas, bersopan-santun serta hormat-menghormati di antara satu sama lain.

11.2.4      Anda dilarang meghisap rokok, dadah, meminum minuman keras, berjudi dan sebagainya.

11.2.5      Setiap pelajar yang ingin menyertai sebarang lawatan/rombongan hendaklah mendapatkan kebenaran dari pihak ibu bapa/penjaga terlebih dahulu. Pelajar mesti mengisi borang kebenaran melawat yang dikeluarkan oleh pihak sekolah. Tanpa surat kebenaran penyertaan permohonan anda tidak dapat dilayan.

 

PERKARA 12: PEJABAT SEKOLAH

 

12.1      Semua pelajar tidak dibenarkan masuk atau berada di sekeliling kawasan pejabat pada setiap masa.

12.2      Jika urusan atau diarah oleh guru, pelajar dikehendaki meminta kebenaran masuk daripada pegawai yang bertugas.

12.3      Untuk menemui Tuan Pengetua, para pelajar dikehendaki meminta kebenaran dari kerani terlebih dahulu.

12.4      Semua pelajar tidak dibenarkan berkeliaran di sekitar kawasan pejabat tanpa urusan tertentu.

 

PERKARA 13: PEMBAYARAN YURAN SERBAGUNA

 

13.1      Segala jenis yuran-yuran hendaklah dijelaskan dalam penggal satu tiap-tiap tahun.

13.2      Yuran peperiksaan PMR dan SPM mestilah dijelaskan mengikut tarikh yang ditentukan oleh pihak sekolah berdasarkan arahan daripada Kementerian Pendidikan.

 

PERKARA 14: TATASUSILA/TINGKAHLAKU

 

14.1      Pelajar-pelajar hendaklah mengetahui nama semua guru yang mengajar di sekolah ini.

14.2      Setiap pelajar hendaklah sentiasa berkelakuan baik, bersopan-santun terhadap Pengetua, guru-guru, pekerja sekolah, pelawat-pelawat, ibu bapa dan rakan sekolah.

14.3      Pelajar-pelajar dilarang meludah di merata-rata tempat di hadapan khalayak ramai atau meludah dari tingkat atas bangunan ke bawah.

14.4      Para pelajar dilarang melakukan perkara jenayah, mencuri, menghisap rokok, berjudi, menancam, bergaduh, menipu, menyalahgunakan dadah dan perkara-perkara lain yang menjadi kesalahan di sisi undang-undang negara dan bertentangan dengan tatasusila kemasyarakatan.

14.5      Para pelajar dilarang merayau-rayau dan berkelakuan tidak sopan dalam kawasan sekolah. Juga dilarang ponteng kelas atau ponteng sekolah.

14.6      Para pelajar hendaklah berkelakuan baik dan bertata-tertib sapanjang masa, mengadakan lawatan-lawatan sambil belajar, mewakili sekolah dalam aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan akademik dan sukan.

14.7      Adalah menjadi tanggungjawab tiap-tiap pelajar menjaga nama baik sekolah dan berusaha seberapa dayausaha meninggikan dan mengharumkan nama sekolah ini.

14.8      Para pelajar dilarang membawa radio/kaset/walkman, majalah hiburan dan pakaian yang tidak ada kaitan dengan aktiviti sekolah.

14.9      Semua perintah guru-guru hendaklah diikuti dan diuruskan dengan teliti dan segera. Banyakkan membaca buku di rumah. Buat kerja rumah yang diberi oleh guru dengan sempurna.

14.10  Pelawat-pelawat yang hendak berjumpa anak/jagaannya mestilah mendapat kebenaran daripada Pengetua atau Penolong Kanan.

14.11  Para pelajar tidak dibenarkan membaca atau membawa bahan bacaan yang tidak sesuai atau lucah ke dalam kawasan sekolah.

14.12  Para pelajar hendaklah sentiasa menjaga kebersihan diri, pakaian, kelas dan kawasan sekolah. Sebaik-baiknya lima minit sebelum loceng balik dibunyikan, pelajar-pelajar hendaklah membersihkan sampah sarap dalam kelas dan di dalam meja masing-masing. Buangkan semua sampah ke dalam tong sampah yang disediakan.

 

PERKARA 15: KEROSAKAN HARTA BENDA SEKOLAH

 

15.1      Sebarang kerosakan harta benda sekolah di dalam kelas dan kawasan sekolah mestilah dilaporkan dengan segera kepada guru tingkatan, guru bertugas atau guru disiplin.

15.2      Pelajar yang didapati merosakan harta benda sekolah dikehendaki membayar sepenuhnya harga barang yang dirosakkan.

15.3      Menjadi tanggunjawab semua pelajar menjaga dan menggunakan dengan baik semua harta benda sekolah.

 

PERKARA 16: PENGAWAS

 

16.1      Pengawas-pengawas adalah dilantik oleh pihak sekolah. Mereka dipilih dari pelajar-pelajar yang mempunyai peribadi yang baik, dapat memukul tanggungjawab dengan jujur, dedikasi dan berani menjalankan tugas.

16.2      Pengawas-pengawas adalah bertanggunjawab untuk mengawasi dan memastikan setiap peraturan sekolah diikuti dan dipatuhi oleh semua pelajar di sekolah ini.

16.3      Semua pengawas berhak menegur serta memberi arahan yang bersesuaian berdasarkan kepada peraturan-peraturan sekolah. Pelajar dilarang menentang pengawas dan mestilah mematuhi setiap arahan-arahan pengawas.

16.4      Pengawas-pengawas mestilah menunjukkan sikap yang baik, mematuhi arahan, menjalankan tugas yang diberi dengan sebaik-baiknya supaya menjadi contoh yang baik kepada pelajar-palajar lain.

 

PERKARA 17: TINDAKAN DISIPLIN

 

17.1      Tindakan yang sewajarnya akan diambil ke atas pelajar-pelajar yang melanggar undang-undang dan peraturan sekolah mengukut jenis kesalahan.

a)      amaran

b)      amaran bertulis

c)      kelas tahanan

d)      dirotan

e)      penggantungan sekolah

f)       diberhentikan dari sekolah

 

17.2      Untuk kesalahan yang dianggap berat, tindakan tatatertib oleh Lembaga Disiplin Sekolah akan diambil ke atas yang bersalah tanpa amaran.

 

17.3      Untuk kesalahan lain, yang bersalah akan dihadapkan kepada Lembaga Disiplin Sekolah untuk diambil tindakan.

a)      Pelajar yang diberi surat amaran dari Pengawas hendaklah melaporkan diri di Bilik Pengawas seperti yang diarahkan.

b)      Setiap kesalahan am termasuk datang lewat lebih dari 3 kali tanpa sebab yang munasabah akan dihantar ke D.C. (Kelas Tahanan)

c)      Pelajar yang diarahkan untuk menghadiri D.C. dikehendaki hadir. Tindakan oleh Lembaga, Tatatertib Pelajar akan diambil terhadap mereka yang tidak menghadiri kelas ini.

 

Catatan

Tiap-tiap kesalahan akan dicatit dan dipertimbangkan apabila pihak sekolah mengeluarkan Surat Akuan dan Surat Berhenti Sekolah

 

PERKARA 18:  PERKARA-PERKARA TATATERTIB YANG DIANGGAP BERAT/BOLEH DIBUNAG SEKOLAH

 

18.1      Menjadi ahli dalam pertubuhan haram.

18.2      Membawa senjata yang merbahaya dengan tujuan jahat.

18.3      Memukul/menyakit/mencederakan guru-guru dan kakitangan sekolah.

18.4      Mengancam guru-guru atau Pengetua.

18.5      Melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditubuhkan oleh sekolah dan Pejabat Pelajaran.

18.6      Menulis kepada surat khabar tanpa memberitahu pihak sekolah.

18.7      Sengaja merosakkan harta kerajaan/sekolah.

18.8      Sengaja merosakkan harta persendirian guru atau pelajar-pelajar lain.

18.9      Mencuri, memberi keterangan yang palsu dan bersuhabat akan dikenakan tindakan keras.

18.10  Mengancam/perasugut pelajar-pelajar lain – ancaman yang serius dan merbahaya.

18.11  Menghisap rokok dan mengambil dadah.

18.12  Berjudi, meminum minuman keras atau memabukkan dalam kawasan sekolah.

18.13  Masih membantah hukuman guru – sekalipun sudah diberi amaran.

18.14  Menunjukkan sifat bongkak dan membuat penghinaan kepada guru/Pengetua.

18.15  Sengaja menimbulkan sesuatu perkara yang sensitif dengan tujuan menimbulkan kacau-bilau dan perpecahan kaum.

18.16  Melanggar peraturan tatatertib atau menangkis yang menurut budibicara Tuan Pengetua sebagai pelanggar tatatertib yang berat.

18.17  Pelajar perempuan tidak dibenarkan berdua-duaan dengan pelajar lelaki dalam kawasan sekolah.

18.18  Berasmara atau berkelakuan sumbang di dalam bilik darjah atau di kawasan sekolah.

18.19  Membawa, menyebar atau menontn video/cereka padat lucah atau gambar dan buku lucah.

 

PERKARA 19: AM

 

19.1      Yuran mestilah dijelaskan dalam jangka masa yang ditetapkan.

 

Buku-buku Pinjaman

 

19.2      Semua buku pinjaman yang dipinjamkan kepada pelajar-pelajar mestilah dipulangkan dalam keadaan yang baik kepada Guru Tingkatan bila diarahkan.

 

Buku-buku mesti dipulangkan

a)      sebelum bertukar sekolah

b)      pada akhir tahun

c)      apabila diberhentikan dari sekolah

d)      apabila diarahkan oleh pihak sekolah

 

Peperiksaan

 

19.3      Pelajar-pelajar mesti mematuhi peraturan-peraturan peperiksaan sekolah.

19.4      Pelajar-pelajar tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah walaupun waktu peperiksaan berakhir lebih awal dari waktu sekolah kecuali mendapat arahan daripada Pengetua.

19.5      Pelajar-pelajar yang mengambil peperiksaan semasa cuti sekolah tidak dikecualikan daripada peraturan-peraturan dan undang-undang sekolah.

 

Keselamatan Pelajar-Pelajar

 

19.6      Keselamatan diri adalah tanggungan pelajar sendiri. Pelajar mestilah sentiasa menjaga keselamatan diri semasa menjalankan aktiviti persatuan/kelab/sukan/permainan dan aktiviti di dalam bilik darjah/makmal sains/bengkel. Kemalangan akibat kelalaian sendiri tidak dapat ditanggungjawab oleh pihak sekolah.

 

SEMUA PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG SEKOLAH TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN DARI MASA KE SEMASA.

Balik ke atas
PDF[Panduan & Undang] (54KB)
Muka Surat Berkenaan
Pentadbir
Staf
Pengetua-Pengetua SMKTK
Panduan & Undang
Cuaca
Cari
Google.com
Poll
Apakah pandangan anda dengan antaramuka dan combinasi warna laman web ini?
Bagus
Boleh tahan
Perlu diubahsuai
Keputusan Lagi
Web
Jabatan Pelajaran Sarawak
Universiti Tenaga Malaysia
Lembaga Peperiksaan Malaysia
Jabatan Pelajaran Johor
Jabatan Pelajaran Sabah
Lagi
Rakan
Tiada mesej baru.
Nama:
Mesej:
Arkib
E-Mel
Nama Anda:
E-Mel Anda:
Nama Rakan:
E-Mel Rakan:
Mesej Anda:
Terima Salinan: